Saturday 25 October 2014

CIR-CIRI ARCA

            Arca yang baik dan kreatif haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingin diketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yang dihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya.
           
Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan danmedia. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan mediadapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arca membuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiri daripada kombinasi yang padat dan kukuh.

            Pengkarya arca akan dianggap dapat menghasilkan sebuah arca yang baik apabila berjaya mempelbagaikan bahan yang diadun atau dipasang dengan baik. Arca khususnya asemblaj mengadunkan pelbagai bahan lalu membentuk kesatuan komposisi yang artistik.Arca yang baik dan kreatif juga haruslah berjaya mengaplikasikan asas seni reka, estetika dan etika pengkaryaan. Objek akan digubah berdasarkan asas seni reka. Apabila asas seni reka ini diaplikasikan dengan baik dan betul, penampilan karya akan menjadi lebih terancang dan rapi.

            Akhir sekali yang paling penting dalam menghasilkan sebuah arca yang baik dankreatif ialah arca berkenaan haruslah bebas daripada ciplakan atau plagiat. Sebagai pengkarya yang memahami hakikat keaslian, ciplak adalah satu kelemahan lebih-lebih lagi jika penghasilannya bertujuan komersial. Arca yang dihasilkan haruslah satu dan tiada ditempat lain.

No comments:

Post a Comment