Saturday 25 October 2014

KATEGORI DAN JENIS ARCA

1.ARCA AWAM

Seni Arca Awam pula boleh dimengertikan sebagai sebuah hasilan seni  yang diletakkan di ruang terbuka. Ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran. Kegiatannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya  bersesuaian dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.
Robert Atkins (1945)menyatakan Public Art is simple art produce for and own by community. Manakala  Meel Goding (2000 )menyatakan Public Art merupakan sebuah karya untuk ruang umum dan ditaja secara spesifik dengan khayalaknya adalah orang ramai. Ia menampilkan cabaran serta melibatkan kerjasama antara pengarca, akiterk, orang ramai, penaung seni dan perlu  sensitif tentang persekitaran dan konteknya..
Bagi Daniel Robins penggunaan istilah ‘Public Sculpture’ mula digunakan pada tahun 1976 merujuk kepada perkembangan sejarah awal arca awam di Amerika (1893). Ramlan Abdullah menyatakan perihal arca awam di Malaysia;
Public sculptures in Malaysia are often monumental and free standing, most of the public sculpture were commissioned by local municipals, art galleries or interested party in relaying their messages to the general public. Ramlan Abdullah( 2010)
Kewujudan arca awam dikatakan mampu memberi impak ataupun suatu ingatan kepada khayalak, dalam ertikata lain ianya merakamkan sesuatu perkara ataupun peristiwa. Seorang pengarca juga ahli akademik Cheng Yunxian (1998) antara lain menjelaskan betapa hasilan arca awam mampu menjadi penanda sesuatu bagi genarasi mendatang. “ I do portraits of well known fiugure.  Recently I did of chairman Mao Deng Xiaoping, and some Generals. All of them made great contribution to development and progress of new China. And are highly respected by the Chinese. I show their demeanor and expression to the people and these statues are left for the future generation”
Persekitaran yang sedang membangun merupakan satu situasi yang tepat untuk menghasilkan sesebuah karya yang bermakna, ianya bukan hanya sekadar soal  keindahan tetapi harus membias, menyedarkan, mengukuhkan serta mencabar imaginasi dan seterusnya memberi insipirasi untuk mencapai sesuatu yang tinggi nilainya. Sesuatu peristiwa penting seperti 31 Ogos 1957 harus dikupas dan dimonumenkan dalam bentuk arca, begitu juga peristiwa yang menyedihkan seperti peristiwa 13 Mei .  Syed Ahmad Jamal 1996.

Contoh arca awam :


sebuah arca awam bertajuk "Puncak Purnama" (1986) 
oleh Syed Ahmad Jamal



 arca 'keris' oleh Abdul Latiff Mohidin 



2. ARCA MOBAIL

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.




Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

           

Red Mobile h Alexander Calder, 1956

Contoh arca mobail :

Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza



              motif manusia menggunakan bahan kertas


3. ARCA TIMBULAN

           Arca relief ataupun timbulan dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura tersebut atau binatang akan menjadi figura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (11869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan penaruh kiubisme dalam arca timbulan.

Contoh arca timbulan :

Alexander Calder; Button Flower; 1959; bronze
Jacques Lipchitz Maquette ' Musical Instruments' (1993)

4. ARCA STABAIL
Berbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukanyang boleh bergerak. Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenismalah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperticatan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadisebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasidaripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj.


Artist: Alexander Calder Date: 1966. Medium: Sculpture, Sculptures Size: overall 235 x 351 x 351 inches. Institution: Walker Art Center Accession #: 1971.16 


5. ARCA INSTALASI
Instalasi merupakan merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan menyusun objek-objek seni seperti arca, lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya. Gambar diatas merupakan karya dari jenis instalasi.

Contoh arca instalasi :

 

1 comment: