Menggunakan istilah arca yang diterjemahkan dari ‘sculpture’ , dapat didefinisikan secara ringkas ia sebagai sebuah karya seni yang berbentuk tiga dimensi atau timbulan. Bahasa Yunani lama ‘sculpere’ memberi makna mengukir, menebuk, memotong . memodel menggunakan tanah liat atau lilin untuk membina figura secara timbulan atau tiga dimensi. Gaunt 1966, Ocvirk 1994. Definisi arca berubah mengikut peredaran zaman ianya bukan hanya sekadar mengukir dan memodel, di era moden apa jua bentuk yang melibatkan ruang tiga dimensi dengan teknik yang pelbagai seperti kimpalan, cantuman, jahitan , ketukan, lekatan dan sebagainya. Bentuk-bentuk arca di zaman Michelangelo berubah dengan arca-arca Konstruktif, kinitik, minimilis, installation, ‘site specifik’, public art, environmental art , video art, eletronik art.
Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan ‘ sculpture ’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknya dapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.
Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan.
Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubahkepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
No comments:
Post a Comment