Saturday, 25 October 2014

KAJIAN SUBJECT MATTER ( BANGUNAN WARISAN TANJONG MALIM,PERAK)

       Pensyarah seni arca UPSI iaitu Professor Madya Dr.Abdul Halim B. Husain telah memberikan tugasan individu iaitu membuat arca relief. Sebelum membuat arca relief,beliau telah menetapkan tema dalam arca tersebut iaitu rekabentuk bangunan warisan yang ada di sekitar UPSI dan juga pekan Tg. Malim. Pemilihan tema tersebut bersesuaian dengan pekan Tg.Malim yang memang banyak reka bentuk bangunan warisan terutama dalam kampus UPSI. Setelah membuat kajian dalam pemilihan reka bentuk bangunan warisan,saya telah memilih bangunan warisan di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muzium


         Usaha awal menubuhkan Muzium Pendidikan Sultan Idris telah diilhamkan sejak tahun 1950an lagi. Pada masa itu muzium tersebut digelar muzium SITC, Muzium tersebut hanyalah muzium kecil yang hanya menyimpan khazanah-khazanah yang berkaitan dengan pendidikan di SITC dan budaya masyarakat Tanjong Malim. Pada ogos 1986, Kementerian Pendidikan telah bersetuju terhadap saranan untuk menubuhkan secara rasmi Muzium Pendidikan Nasional. Langkah pertama ke arah penubuhan muzium ini apabila Muzium Negara telah membuat pameran pendidikan tersebut di Kuala Lumpur. Pada 31 julai 1983, DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertua Agong iaitu Sultan Ahmad Shah telah melawat Muzium MPSI untuk merasmikan perayaan Jubli Intan MPSI. Beliau juga telah menyokong gagasan penubuhan Muzium Pendidikan Nasional. Muzium Pendidikan Nasional ini juga, telah mengalami beberapa perubahan dari era Muzium SITC, Muzium Pendidikan MPSI dan Muzium Pendidikan IPSI .

       Pada 26 Mac 1999, Muzium Pendidikan IPSI dengan rasminya diserahkan kepada UPSI dan sekali lagi mengalami perubahan menjadi Muzium Universiti Pendidikan Sultan Idris. Akhirnya pada 26 Jun 2002 melalui kertas cadangan dan kata sepakat oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak Kementerian yang lain serta pihak UPSI, Muzium Pendidikan Sultan Idris dengan rasminya telah dinaiktaraf menjadi Muzium Pendidikan Nasional. Terdapat beberapa bangunan yang dipilih oleh pihak kementerian untuk dijadikan bangunan bersejarah serta muzium, antara bangunan-bangunan bersejarah, yang dikenalpasti untuk dijadikan Muzium Pendidikan Nasional adalah:- 


1. Bangunan Suluh Budiman    
  2. Bangunan Tadahan Utara SITC 
    3. Bangunan Tadahan Selatan SITC 
  4. Bangunan Rumah Pengetua SITC
5. Bangunan Rumah Tamu SITC
 6. Bangunan Dewan Makan SITC 
    7. Bangunan Sekolah Latihan SITC

       Muzium Pendidikan Nasional telah dirasmikan pada 19 Julai 2011 oleh DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.



Rumah Za'ba


         Seterusnya disini saya msukkan contoh-contoh gambar bangunan warisan UPSI serta banguna di sekitar Tg. Malim mengikut sudut,pandangan,arah yang berbeza dan kreatif yang saya ambil semasa membuat kajian terhadap reka bentuk bangunan warisan sebelum dipilih untuk menjadikan design dalam arca relief :


Muzium


Dewan Makan

Dewan Rahman Talib


Bangunan Yusof Ahmad di UPSI. 


Pawagam Lama

Stesen Keretapi Lama



Gambar bangunan warisan yang telah dipilih :



Sejarah Dewan Makan SITC (UPSI)

Seperti yang diketahui,di UPSI terdapat 7 buah bangunan warisan yang telah diiktirafkan dimana senibinanya yang lama.Antaranya ialah bangunan dewan makan SITC yang berwarna merah jambu bersebelahan e-learning yang terletak di kampus lama.Saya memilih bangunan ini untuk dijadikan arca relief kerana dewan makan SITC mempunyai sejarah yang tersendiri melalui senibinanya. Jika dilihat,mungkin bangunan tersebut akan dikatakan gereja kerana rupanya.Setelah membuat kajian dan temuramah dengan pensyarah yang sudah lama di UPSI,bangunan dewan makan SITC ini dikatakan hanya khusus untuk tempat makan sahaja. Konsepnya seperti asrama kini seperti sekali bayar,sekali makan. Apa yang menarik tentang bangunan ini adalah ia mempunyai dua senibina dalam 1 bangunan iaitu senibina pada zaman pertengahan gothic dan pada bahagian belakang bangunan pula terdapat senibina Belanda. Disebabkan senibina Inggeris inilah ramai yang beranggapan dewan makan ini adalah gereja.Sebenarnya,apa yang saya dapat,dewan makan merupakan bangunan yang paling terawal seiring dengan dewan suluh budiman,tadahan utara,tadahan selatan. Bangunan-bangunan tersebut telah dirasmikan seawal tahun 1922.Sekarang,dewan makan SITC telah dijadikan fakulti Teknikal Vokasional.



      Lakaran-lakaran lukisan bangunan warisan UPSI dan Tanjung Malim













Proses Penghasilan



       Proses yang pertama adalah dengan menghasilkan bentuk segi empat sama dengan menggunakan kayu dengan berukuran 6x6 inch.



Setelah kayu segi empat itu siap,masukkan tanah liat dan ratakan seluruh tanah tersebut dalam segi empat dengan padat dan rata untuk mendapatkan bentuk tanah liat ( Master mould) dan tunggu sehingga sederhana kering untuk memudahkan proses mengukir.





      Setelah memastikan tanah liat tersebut dalam keadaan sederhana kering,keluarkan tanah tersebut dari kotak kayu dan lakarkan subjek matter yang telah dipilih di atas permukaan tanah (master mould)
      Ini merupakan rupa bangunan warisan pada tanah liat selepas dilakar.


















       Selepas itu,proses mengukir tanah liat tersebut bermula. Untuk memudahkan kerja pengukiran yang pertama,saya telah menggunakan pisau gergasi besi.Proses mengukir master mould pada peringkat pertama haruslah tahu bahagian-bahagian mana contohnya yang mana paling depan,tengah dan belakang. Hal ini adalah untuk menimbulkan bentuk bangunan dalam keadaan yang sebenar dalam bentuk 2 dimensi.






      Proses mengukir master mould ini haruslah dimasukkan ciri-ciri seperti mesti mempunyai tahap kecondongan,melintang,menegak,fleksibel dan mestilah ditunjukkan proses tersebut tingkat demi tingkat. Hal ini adalah untuk tidak menampakkan kesan yang rata tanpa perspektif pada tanah.






     Gambar menunjukkan master mould dalam prose mengukir dan lebih kurang 50% untuk disiapkan



    Proses meratakan master mould menggunakan pisau pengukir


     Tanah liat (master mould) yang telah siap diukir dan sedia untuk disaluti dengan silicon rubber


      Ini merupakan gambar menunjukan master mould yang telah siap disaluti dengan silicon rubber. Dalam proses meletakkan silicon rubber pada master mould,diingatkan supaya lebih fokus terhadap ruang-ruang yang sukar untuk dimasuki dengan silicion.Oleh itu,penelitian perlulah lebih agar acuan pada silicon rubber menjadi dan tidak rosak.




    Setelah kering,inilah hasil daripada master mould yang telah disaluti dengan master mould untuk dijadikan acuan yang juga dikenali sebagai mould.





     Proses seterusnya ialah menghasilkan produk dengan menggunakan Plaster of Paris (POP) dengan menggunakan acuan mould yang telah siap dan kering.



   Ini ialah proses membuat dan membancuh pop dengan menggunakan sedikit air dan pop yang akan dituangkan ke dalam acuan mould tadi.




      Setelah siap membancuh pop dengan sebati tadi,pop tersebut dituang ke dalam acuan silicon rubber dengan sedikit demi sedikit agar setiap ruang-ruang kecil dapat dimasuki.



      Ini adalah hasil acuan yang telah siap dituang pop tadi dan tunggu sehingga pop menjadi keras.




      Setelah pop keras,silicon rubber haruslah dibuka dengan perlahan agar tidak merosakkan produk POP.



      Produk POP yang telah terbentuk tadi telah dikeluarkan daripada acuan dan proses tacap pada produk POP dilakukan agar kelihatan lebih rata dan licin untuk proses yang seterusnya.



Setelah selesai melakukan kemasan pada POP,proses mewarna pada POP akan dilakukan. Gambar diatas menunjukkan bahagian atas depan yang telah diwarnakan dengan merah jambu.





Proses mewarna pada produk hampir siap


Rupa produk setelah dikemaskan dan ditacap lagi dari segi warna yang belum dikilatkan lagi dengan spray.


Setelah selesai mewarna,proses mengilatkan produk dengan menggunakan spray lacquier.





Produk arca timbulan akhir yang telah siap sepenuhnya.


BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
1. Tanah Liat
2. Plaster of Paris
3. Pisau
4.Silicon Rubber
5. Spray Lacquier
6. Kertas Pasir






















1 comment: